Sunday, April 8, 2012

sibuknya bekerja


kesibukan kerja melalaikan dirimu
dari ingatan pada Tuhan
5 waktu sembah taat kau lupakan
sedang rezekimu dialah yang menentukan

apa tujuan kerjamu itu?
adakah semata untuk peroleh wang?
atau lebih dari itu mengharapkan ganjaran
pahala serta keredhaan

rezekimu itu sudah ditentukan
hanya banyak atau sedikit
cepat mahupun lambat
semuanya sudah dalam perkiraan Tuhan
cuma tugasmu, disuruh untuk berusaha mendapatkan

ku rasa, bukanlah usahamu kerana wang
tapi kerana kepatuhan terhadap suruhan
pahala yang dicari buat ganjaran
menagih keberkatan hadirnya kebahagiaan
jadi beringatlah dan bangunlah dari kelalaian


Friday, November 5, 2010

hati bersyukurlah..


Burung berkicau di pohon

Riang sekali hatinya

Dengan kemerduan suara

Terbang bebas di langit angkasa

Indah sungguh ciptaan Mu Allah

Kau jadikan keriangan buat mereka

Dan mereka tidak diam

Sentiasa berkicau memuji-mujiMu yaAllah

Berbanding aku

Kau berikan aku lebih dari itu

Bukan sekadar sepasang sayap yang boleh terbang

Allah, jadikanlah aku hambaMu yang bersyukur

Walau sebesar mana pun nikmatMu Kau beri

Walau segelora mana pun ujian yang Kau timpakan

Izinkanlah aku tetap memujiMu

Dan hingga akhirnya terus memujiMu


Subhanallah.. Alhamdulillah.. Allahuakbar..

Thursday, October 21, 2010

seindah irama

Seindah irama

Asyik dan sungguh mengasyikkan

Terbuai mimpi lena

Sedang pena terus menulis

Coretan kisah dan sejarah kita

Sedetik diuji

Mengejutkan kita dari lena

Tersingkap sudah kesilapan

Kebenaran kian pahit untuk ditelan

Antara kau dan aku diundang seribu persoalan

Apakah masa depan

Siapa pun itulah jodohnya

Ku terima ketentuan

Doa ku sentiasa panjang buatmu

Agar kesilapan yang dilalui tidak berulang

Kebaikan dijulang

Hidup ini mengejar satu destinasi

Yang petanya sudah diberi

Bisa sesat jika tidak dituruti

Aku nahkoda kau anak kapalnya

Menungkah laut yang bergelora

Aku tetap akan menjaga mu selagi terdaya

Maafkan aku kasih

Dulu aku menyakitimu

Maafkan aku

Dulu aku dilamun mimpi

Tidak teguh pendirian

Bagai lalang yang ditiupkan angin

Moga hari ini jiwaku jadi baru

Terima kasih teman

Atas secoret kisah

Yang sedikit sebanyak

mendewasakan anak dagang


Thursday, April 8, 2010

berbaloi-baloi


bila dilihat senja lahirlah kekusyukan jiwa
tenang tenteram
tak kala terbenam mentari
hadirnya gelap gelita terjentiklah gementar hati
resah gelisah
kemudian datanglah purnama yang memancarkan cahaya
asyik terpesona

itulah kejadian alam
punya pelbagai tanda
kebesaran dan peringatan dari Allah swt
sesungguhnya, tanda-tanda itu sentiasa didepan hati manusia
mencetuskan keimanan dan ketakwaan
bagai kepungan benteng yang tiada jalan keluar

hidup ini hanya menyoal keimanan
kita bagai menunggang tugangan
baik buruknya silih berganti
liar, jinak, lemah, kuat, pantas dan lambat
semuanya pasti silih berganti
untuk kita mencapai takdir yang telah ditetapkan
walau apa pun takdir yang menimpa kita
cuma soalnya dimanakah letaknya keimanan kita

sesuatu yang kita asyikkan itu
tidak menyedarkan kita walau kita melukai diri
asyik berkerja kita lupa solat
asyik berniaga kita lupa halal dan kebersihannya
asyik dunia kita lupa akhirat
soalnya apakah keasyikan yang kita letakkan dalam hidup kita
adakah ia benar-benar berbaloi untuk kita
mengejar lebih yang sementara atau selamanya

yang lalai dan alpa tetap neraka
yang soleh dgn amalnya tetap syurga
dunia dikejar pasti lari
akhirat dikejar makin hampiri
kecukupan dunia dan kebahagian akhirat

At-taubah : 111
At-tagabun : 15-18
semoga apa yang kita lakukan sehari-harian berbaloi


Friday, April 2, 2010

kesibukan..

Wahai manusia, kamu sekali-kali tidak mendapat kerehatan di atas muka bumi ini selama-lamanya. Kerehatan itu hanya di sini(akhirat), bagi orang yang mempersembahkan ketaatan dan penyerahan diri demi kerehatan di sini. Kerehatan dan kepenatan sama saja di atas bumi ini, tetapi nilainya berbeza-beza ketika kamu tiba di sisi Tuhanmu.

-Sibukkanlah dirimu utk mentaati Tuhanmu-

Tuhanmu mengurniakan kepadamu kemampuan untuk melaksanakan tanggungjawab dan kewajiban yang telah Dia amanahkan padamu. Pilihan atas dirimu, tahap kemampuanmu adalah apabila kamu berusaha untuk melakukannya sehingga pada tahap kamu tidak mampu.

-Berusahalah utk sentiasa mentaatiNya-



Tuesday, March 2, 2010

usahakan hari ini..


Fajar menyingsing, matahari kian keluar dari tempat sembunyiannya

Alhamdulillah yang masih hidup, hari ini masih milik kita

Setiap hari masa hidup adalah hanya pada hari ini

Yang lepas masa silam, tiada siapa dapat kembalikannya

Tidak perlu ditangisi, tiada kesedihan dan kedukaan baginya

Yang datang, tiada siapa yang tahu kepastiannya

Tidak perlu dikhayalkan, tiada angan2 dan dugaan baginya

Hari ini milik kita

Setiap detik untuk kita menfaatkan

Bangunlah jangan dilengah2kan

Jangan ditunggu pengakhiran hari ini

Maka nanti ia akan menjadi masa silam yang tidak bisa kembali

Atau hadirnya hari esok yang belum pasti

-berjuanglah untuk hari ini-


Tuesday, February 9, 2010

dunia wal akhirat


kesibukan melupakan kamu
akan tanggungjawabmu
dan kehendakmu
membatasi keperluanmu

kejarlah dunia seperti hidup tiada penghujungnya
ibadah bagai esok pengakhiran
jika hidup dunia hanya sekali
hidup akhirat selama-lamanya

tinggalkan dunia merana
apatah lagi akhirat
maka dukunglah ia bersama
insyaAllah sejahtera kedua-duanya

-ayuh menuju kejayaan-