Sunday, April 8, 2012

sibuknya bekerja


kesibukan kerja melalaikan dirimu
dari ingatan pada Tuhan
5 waktu sembah taat kau lupakan
sedang rezekimu dialah yang menentukan

apa tujuan kerjamu itu?
adakah semata untuk peroleh wang?
atau lebih dari itu mengharapkan ganjaran
pahala serta keredhaan

rezekimu itu sudah ditentukan
hanya banyak atau sedikit
cepat mahupun lambat
semuanya sudah dalam perkiraan Tuhan
cuma tugasmu, disuruh untuk berusaha mendapatkan

ku rasa, bukanlah usahamu kerana wang
tapi kerana kepatuhan terhadap suruhan
pahala yang dicari buat ganjaran
menagih keberkatan hadirnya kebahagiaan
jadi beringatlah dan bangunlah dari kelalaian


No comments:

Post a Comment